Kontroversi 9M2TR Radio_amatur

Terdapat satu kontroversi dimana 9M2TR di promosikan sebagai kepunyaan bekas Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sebenarnya callsign 9M2TR adalah kepunyaan Tunku Abdul Rahman ibni Tunku Temenggong Ahmad merupakan kerabat DiRaja Johor. Ayahandanya adalah Tunku Temenggong Johor bernama Tunku Ahmad ibni Sultan Ibrahim juga pengendali radio amatur dengan menggunakan callsign VS3AE sebelum negara merdeka lagi.

Y.M. Tunku Abdul Rahman ibni Tunku Temenggong Ahmad. DK, SPMJ (DPMJ, SMJ), SSIJ, PIS. Telah diputerakan pada 15 Januari 1929 di Johor Bahru. Mendapat pendidikan Wesley College, Perth, Australia dan University South West England. Menyertai Perkhidmatan Awam Johor tahun 1951, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Muar 1961-1983, Kapten & Pegawai Pemerintah Askar Wataniah Muar 1961, Pengerusi Jumaah Diraja Johor 1980-1992. Beliau telah mangkat pada 16 Julai 1995.

Semasa menjadi Pen. Pegawai Daerah Muar, pada 12/11/1974 beliau telah berhubung secara QSO dengan stesen dari negara England G3KYF iaitu Mr. Keith . Ini dibuktikan melalui kad QSL yang dihantarnya. Sila lihat http://hamgallery.com/qsl/country/West_Malaysia/9m2tr.htm.